
Ia antara tiga bas dua tingkat yang membawa kumpulan pegawai kerajaan tempatan dalam lawatan lapangan ketika terbabas di wilayah Prachin Buri, timur Bangkok.
“Seramai 17 orang ditemui maut di lokasi, manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital kemudian.
“Kami sudah soal siasat pemandu bas yang mendakwa brek gagal berfungsi ketika bas itu menuruni bukit,” kata pegawai polis Siwapass Phuripatchaiboonchu.
Ketika kejadian, bas itu membawa 49 penumpang. Mangsa terselamat dibawa ke dua hospital untuk rawatan.
Thailand antara negara mempunyai rekod keselamatan jalan raya terburuk, dengan kira-kira 20,000 orang terkorban setiap tahun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Kenderaan tidak selamat dan pemanduan tidak cekap antara faktor utama menyumbang kepada angka korban tinggi.
Oktober lalu, 23 penumpang yang kebanyakannya kanak-kanak maut selepas sebuah bas sekolah terbakar di pinggir bandar Bangkok.