2 polis maut ditembak di Pattani

2 polis maut ditembak di Pattani

Ketua Polis Yarang Warin Wangthongchai berkata kejadian berlaku kira-kira 500m dari balai polis.

Penyiasat menjalankan siasatan di lokasi dua anggota polis maut ditembak sekumpulan lelaki bersenjata di Yarang, Pattani. (Gambar Facebook)
PATTANI:
Dua anggota polis sedang bertugas maut ditembak sekumpulan lelaki bersenjata di Yarang, Pattani, selatan Thailand pada Rabu.

Ketua Polis Yarang, Warin Wangthongchai, berkata dalam kejadian kira-kira 11.30 malam waktu tempatan, dua anggota polis berusia 23 dan 35 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira 500m dari balai polis.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa yang sedang melakukan rondaan ditembak empat lelaki bersenjata dari jarak dekat,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Beliau berkata, polis turut menemui empat kelongsong peluru di tempat kejadian dipercayai digunakan suspek, manakala pistol milik mangsa turut dilarikan kumpulan itu.

Mayat kedua-dua anggota polis itu dihantar ke Hospital Yarang untuk proses bedah siasat.

Motif serangan masih dalam siasatan dan polis giat menjejaki suspek di kawasan sekitar, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.