
LA PAZ: Sekurang-kurangnya 31 penumpang maut dan lebih 12 lagi cedera apabila sebuah bas terjunam ke jurang di Bolivia pada Isnin, menurut polis tempatan.
Pemandu bas dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaan itu terjunam hampir 800m dari tebing di kawasan pergunungan di perbandaran Yocalla, barat daya Bolivia, kata pegawai polis.
Seramai 10 dewasa dan empat kanak-kanak dimasukkan ke hospital, dengan beberapa daripadanya dirawat di unit rawatan rapi, menurut seorang pegawai hospital dalam kenyataan.
Laluan berbukit dipenuhi selekoh tajam dan faktor kelajuan mungkin punca kemalangan, kata pegawai polis.