11 maut letupan dekat lombang di Pakistan

11 maut letupan dekat lombang di Pakistan

Seorang pegawai separa tentera berkata bahan letupan yang dipasang di tepi jalan meletup ketika sebuah trak sarat membawa pelombong melaluinya.

PAKISTAN
Gambar fail pada November 2024 menunjukkan pihak berkuasa di lokasi serangan bom di Quetta, Pakistan. Sebutir bom meletup dan membunuh sekurang-kurangnya 11 pelombong di wilayah sama pada Jumaat. (Gambar EPA Images)
QUETTA:
Sekurang-kurangnya 11 maut dan enam lagi cedera apabila sebutir bom menyasarkan sebuah trak membawa pelombong arang batu di barat daya Pakistan meletup, kata pegawai tempatan pada Jumaat.

Trak itu membawa pekerja ke lombong di kawasan Harnai, wilayah Balochistan, di mana Pakistan sedang memerangi pemberontakan pemisah.

“Bahan letupan yang dipasang di tepi jalan meletup apabila trak membawa pelombong tiba di lokasi itu,” kata seorang pegawai separa tentera.

Pegawai yang enggan dinamakan itu berkata, ia mungkin peranti kawalan jauh.

Tiada kumpulan tampil mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Timbalan Pesuruhjaya Balochistan, Hazrat Wali Agha, berkata trak itu membawa 17 pelombong ketika letupan bom berlaku.

Seorang doktor di hospital tempatan berkata, dua mangsa cedera dalam keadaan kritikal.

Balochistan yang kaya dengan galian, bersempadan dengan Iran dan Afghanistan, menjadi lokasi pemberontakan pemisah kumpulan etnik Baloch selama sedekad. Militan turut beroperasi di kawasan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.