1 maut letupan di gedung beli-belah Taiwan

1 maut letupan di gedung beli-belah Taiwan

Seramai 10 lagi cedera dalam letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran gas di gedung beli-belah Shin Kong Mitsukoshi di Taichung.

Keadaan di luar gedung beli-belah Shin Kong Mitsukoshi di Taichung selepas letupan pada Khamis. (Gambar AFP)
TAICHUNG:
Seorang maut, manakala 10 lagi cedera dalam letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran gas di gedung beli-belah Shin Kong Mitsukoshi di Taichung pada Khamis, menurut pegawai bomba tempatan.

Menurut laporan Central News Agency (CNA) yang memetik Biro Bomba Taichung, berdasarkan keterangan saksi, empat individu dipercayai tercampak keluar dari tingkap 12 gedung itu di daerah Xitun.

Biro itu menerima laporan letupan pada 11.33 pagi waktu tempatan dan segera mengerahkan pasukan bomba serta ambulans ke lokasi kejadian.

Sehingga laporan ini diterbitkan, operasi menyelamat giat dijalankan dan punca letupan masih dalam siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.