WHO lancar ujian vaksin Ebola di Uganda

WHO lancar ujian vaksin Ebola di Uganda

Ujian vaksin itu melibatkan virus Ebola spesies Sudan.

Uganda Ebola
Pihak berkuasa Uganda mengisytiharkan wabak Ebola di ibu negara, Kampala, pada akhir bulan lepas. (Gambar AP)
KAMPALA:
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan pada Isnin pelancaran ujian vaksin pertama di Uganda bagi Ebola spesies Sudan, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Dalam kenyataan, Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, vaksin calon serta rawatan calon disediakan menerusi protokol ujian klinikal bagi menilai keberkesanan dan keselamatannya.

Tiga lingkaran vaksinasi telah ditetapkan, dengan lingkaran pertama melibatkan kira-kira 40 kontak dan kontak mereka daripada kes pertama yang dilaporkan serta disahkan, tambahnya.

Pihak berkuasa Uganda mengisytiharkan wabak Ebola di ibu negara, Kampala, pada akhir bulan lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.