Trump anggap tarif senjata ampuh, ‘kuasa besar ke atas China’

Trump anggap tarif senjata ampuh, ‘kuasa besar ke atas China’

China pula mungkin mempertimbangkan tarif dikenakan ke atas produk AS dan mengambil langkah balas disasarkan, seperti menyekat eksport bahan mentah.

Donald Trump
Presiden AS, Donald Trump mengancam China dengan tarif tinggi sejurus memenangi pilihan raya pada November lalu. (Gambar EPA Images)
WASHINGTON:
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggambarkan tarif sebagai senjata ampuh terhadap China.

Ditanya sama ada beliau mampu menghalang Presiden China, Xi Jinping, daripada mengambil alih Taiwan dan mencapai persetujuan mengenai amalan perdagangan adil, Trump memberitahu Fox News, AS memiliki “kuasa besar ke atas China – iaitu tarif”, lapor agensi berita Jerman dpa.

“Mereka tidak mahukannya dan saya juga lebih suka tidak menggunakannya. Ia adalah kuasa besar ke atas China,” kata Trump yang kembali ke Rumah Putih Isnin lalu buat penggal kedua sebagai presiden selepas mengalahkan Joe Biden dalam pilihan raya November lepas.

Trump mengancam China dengan tarif tinggi sejurus memenangi pilihan raya itu. Langkah berkenaan akan menambah beban terhadap ekonomi China yang sudah terjejas, memandangkan AS pasaran eksport terpenting bagi negara terbabit.

Namun, tarif juga akan membawa kesan di AS, mungkin menyebabkan kenaikan harga yang boleh mencetuskan inflasi – sesuatu yang mahu dielakkan Trump.

Beijing pula mungkin mempertimbangkan bukan saja mengenakan tarif ke atas produk AS, tetapi juga mengambil langkah balas disasarkan, seperti menyekat eksport bahan mentah atau meningkatkan siasatan terhadap syarikat AS beroperasi di China.

Secara keseluruhan, hubungan dua kuasa besar itu dijangka terus merosot akibat tindakan berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.