
“Pendakwa raya di Copenhagen membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan tidak wajar terhadap kitab suci agama,” menurut kenyataan pejabat pendakwa raya.
Pertuduhan itu dibuat selepas menteri kehakiman Denmark meluluskan cadangan meneruskan kes itu, menurut kenyataan berkenaan.
Pendakwa raya berkata, kejadian itu didakwa berlaku pada 15 Jun 2024 ketika Pesta Rakyat di pulau Bornholm. Suspek dilaporkan melakukan perlakuan tidak wajar terhadap al-Quran dalam khemah, sama ada secara terbuka atau dengan niat berkongsi perbuatan itu bersama khalayak lebih luas.
“Penilaian kami adalah berkaitan acara semasa Pesta Rakyat, layanan tidak wajar terhadap al-Quran telah berlaku dan ia berlaku di khalayak ramai kerana dihadiri beberapa orang dan merebak ke kalangan lebih luas dengan dirakam dan disiarkan secara langsung melalui Facebook.”
Pendakwa Raya, Lise-Lotte Nilas mengesahkan denda dicadangkan untuk suspek. Kes itu dikemukakan kepada Mahkamah Bornholm untuk penjadualan, tetapi tarikh mahkamah belum ditetapkan.