Trump pecat 4 pegawai lantikan Biden

Trump pecat 4 pegawai lantikan Biden

Presiden AS itu menegaskan 'lebih ramai lagi' akan menyusul.

Donald Trump berkata pejabatnya giat mengenal pasti dan menyingkirkan lebih 1,000 pegawai lantikan pentadbiran terdahulu yang tidak sehaluan dengan visi ‘Menjadikan Amerika Hebat Kembali’. (Gambar AP)
ISTANBUL:
Beberapa jam selepas kembali memegang jawatan, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan pemecatan empat pegawai kanan yang dilantik Presiden sebelumnya, Joe Biden, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Hari pertama kami di Rumah Putih belum berakhir! Pejabat Personel Presiden saya giat mengenal pasti dan menyingkirkan lebih 1,000 pegawai lantikan presiden daripada pentadbiran terdahulu yang tidak sehaluan dengan visi kami untuk ‘Menjadikan Amerika Hebat Kembali’,” kata Trump di platform media sosial Truth Social lewat Isnin.

Beliau mengumumkan pemecatan itu dengan menegaskan “lebih ramai lagi” akan menyusul.

“Jose Andres daripada Majlis Presiden untuk Sukan, Kecergasan dan Pemakanan; Mark Milley daripada Majlis Penasihat Infrastruktur Negara; Brian Hook daripada Pusat Wilson untuk Sarjana dan Keisha Lance Bottoms daripada Majlis Eksport Presiden – anda dipecat!” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.