4 maut dalam kebakaran pusat beli-belah di Indonesia

4 maut dalam kebakaran pusat beli-belah di Indonesia

Mangsa ditemukan di tingkat lapan Glodok Plaza pada petang Khamis dan dibawa ke hospital polis untuk proses pengecaman lanjut, kata bomba.

Pasukan penyelamat Indonesia menemukan empat mayat susulan kebakaran yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Jakarta, malam Rabu.
JAKARTA:
Pasukan penyelamat menemukan empat mayat daripada kebakaran yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Jakarta pada Rabu malam, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat bandar raya itu pada Khamis, lapor Xinhua.

Mangsa ditemukan di tingkat lapan Glodok Plaza pada petang Khamis dan dibawa ke hospital polis untuk proses pengecaman lanjut, kata Ketua Agensi Bomba dan Penyelamat Jakarta, Satriadi Gunawan.

Gunawan mengesahkan bahawa lapan orang dilaporkan hilang dalam insiden itu.

Pasukan penyelamat dikerahkan untuk mencari di tingkat tujuh dan lapan, dipercayai lokasi terakhir individu yang dilaporkan hilang, di kawasan hiburan yang disyaki menjadi punca kebakaran.

Laporan awal menunjukkan kebakaran bermula kira-kira 9.20 malam waktu tempatan di mukim Tamansari. Beberapa pengunjung dilaporkan berada di dalam pusat beli-belah itu semasa kebakaran berlaku.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.