Bintang Bollywood Saif Ali Khan cedera cubaan rompakan di rumah

Bintang Bollywood Saif Ali Khan cedera cubaan rompakan di rumah

Polis Mumbai berkata penyerang melarikan diri selepas penghuni lain di rumah mangsa terjaga.

Pegawai kanan Hospital Lilavati memaklumkan Saif Ali Khan sedang menjalani pembedahan susulan enam kecederaan dialaminya. (Gambar EPA Images)
NEW DELHI:
Bintang Bollywood, Saif Ali Khan cedera diserang dengan pisau di rumahnya di kawasan pinggir bandar Bandra, Mumbai.

Pelakon 54 tahun itu cedera dalam cubaan rompakan kira-kira 2.30 pagi Khamis, menurut laporan media tempatan.

Polis Mumbai berkata, penyerang melarikan diri selepas penghuni lain di rumah mangsa terjaga.

Saif dibawa ke Hospital Lilavati kira-kira 3.30 pagi untuk rawatan.

“Beliau mengalami enam kecederaan, dua daripada luka agak dalam. Satu luka hampir dengan tulang belakangnya. Kami sedang menjalankan pembedahan ke atasnya,” menurut pegawai kanan hospital, Dr Niraj Uttamani yang dipetik akhbar Hindustan Times.

Saif yang berkahwin dengan pelakon Kareena Kapoor tinggal di rumah itu bersama dua anak mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.