Lombong jed runtuh di Myanmar, angka korban cecah 22 orang

Lombong jed runtuh di Myanmar, angka korban cecah 22 orang

Kejadian yang berlaku pada Isnin di kawasan perlombongan di daerah Hpakant turut mengakibatkan 57 rumah tertimbus.

Kachin State, Myanmar
Sebanyak 22 mayat dijumpai susulan tragedi runtuhan di sebuah lombong jed di negeri Kachin, utara Myanmar, menurut polis. (Gambar EPA Images)
YANGON:
Sebanyak 22 mayat dijumpai setakat Selasa susulan tragedi runtuhan di sebuah lombong jed di negeri Kachin, utara Myanmar, menurut seorang pegawai polis kepada Xinhua.

Sebanyak 13 mayat ditemukan pada Isnin, manakala sembilan lagi dijumpai pada Selasa, kata pegawai polis itu sambil menambah usaha menyelamat masih diteruskan pada Rabu.

Kejadian yang berlaku pada Isnin di kawasan perlombongan di daerah Hpakant turut mengakibatkan 57 rumah tertimbus.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.