Gempa 6.8 magnitud, Jepun keluarkan amaran tsunami

Gempa 6.8 magnitud, Jepun keluarkan amaran tsunami

Agensi kaji cuaca Jepun (JMA) mengeluarkan amaran ombak tsunami setinggi 1m susulan gempa bumi yang melanda wilayah Miyazaki di Kyushu sekitar jam 9.19 malam (waktu tempatan).

JAPAN HEAVY RAIN
Agensi kaji cuaca Jepun menggesa orang ramai mengelak kawasan pesisiran pantai selepas gempa bumi yang melanda hari ini. (Gambar EFA Images)
TOKYO:
Gempa bumi dengan magnitud 6.8 melanda barat daya Jepun hari ini, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami, menurut Kajian Geologi AS (USGS).

Agensi kaji cuaca Jepun (JMA) mengeluarkan amaran ombak tsunami setinggi 1m susulan gempa bumi yang melanda wilayah Miyazaki di Kyushu sekitar jam 9.19 malam (waktu tempatan).

USGS menurunkan anggarannya daripada 6.9 magnitud dengan menambah “tiada amaran tsunami daripada gempa bumi ini.”

JMA bagaimanapun tetap menggesa orang ramai mengelak kawasan pesisiran pantai.

“Tsunami mampu melanda berulang kali. Tolong jangan turun ke laut atau menghampiri kawasan pesisiran,” menurut agensi itu di X.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.