Letupan Tesla Cybertruck di luar hotel Trump disah kes bunuh diri

Letupan Tesla Cybertruck di luar hotel Trump disah kes bunuh diri

FBI berkata insiden membabitkan individu dikenal pasti sebagai Matthew Alan L turut menembak dirinya di kepala sebelum kenderaan itu meletup.

Polis mengklasifikasikan insiden letupan Tesla Cybertruck di luar Hotel Trump di Las Vegas sebagai kes bunuh diri melibatkan veteran perang.
WASHINGTON:
Penyiasat telah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab terhadap letupan Tesla Cybertruck di luar Hotel Trump di Las Vegas dan menganggap tindakan itu sebagai bunuh diri, kata Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Penyiasat FBI, Spencer Evans, mengakui bahawa meskipun ‘insiden ini lebih tular dan sensasi berbanding biasa, ia akhirnya kelihatan seperti kes bunuh diri yang tragis melibatkan seorang veteran perang dan sedang bergelut dengan PTSD serta masalah lain.’

Sebelum ini, Sheriff Polis Bandaraya Las Vegas, Kevin McMahill memberitahu wartawan bahawa beliau ‘selesa mengklasifikasikan kejadian ini sebagai bunuh diri’.

Evans berkata sukar untuk mengenal pasti identiti individu terbabit kerana terbakar teruk sehingga tidak dapat dikenali.

Matthew Alan L, yang juga seorang bekas tentera di Afghanistan menembak dirinya di kepala sebelum kenderaan itu meletup.

Mengenai lokasi letupan, penyiasat menjelaskan bahawa L tidak menyimpan sebarang kebencian terhadap Presiden terpilih Donald Trump.

Tiada petunjuk yang menunjukkan kaitan dengan seorang lagi penyerang di New Orleans yang ditumpaskan beberapa jam lebih awal, atau mana-mana organisasi pengganas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.