
Juruterbang Boeing 737-800 itu dilaporkan mengeluarkan isyarat Mayday pada pagi Ahad selepas kejadian pelanggaran burung itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Wilayah Jeolla, kira-kira 288km barat daya Seoul.
Maklumat itu menyokong andaian bahawa gear pendaratan pesawat tersebut mungkin terjejas.
Pihak berkuasa memaklumkan bahawa menara kawalan di lapangan terbang itu telah mengeluarkan amaran burung sejurus sebelum nahas berlaku.
Pesawat yang membawa 181 orang yang hampir kesemuanya warga Korea Selatan, dan dua warga Thailand, mendarat tanpa gear pendaratan, meluncur di sepanjang landasan sebelum merempuh dinding konkrit dan terbakar.
Seramai 179 mangsa terkorban dengan dua anggota kru terselamat.