China perkenal prototaip kereta api terpantas dunia

China perkenal prototaip kereta api terpantas dunia

Prototaip CR450 diuji kelajuan maksimum 450km/j berbanding model sedia ada CR400 Fuxing pada kelajuan 350km/j.

Prototaip kereta api laju CR450 mampu beroperasi pada kelajuan 400km/j dengan kelajuan maksimum 450km/j. (Gambar China Railway)
BEIJING:
Prototaip kereta api laju CR450, yang mampu beroperasi pada kelajuan 400km/j, diperkenalkan di Beijing, menurut pengendali kereta api negara itu.

CR450 juga diuji pada kelajuan maksimum 450km/j, mencerminkan kemajuan terkini China dalam teknologi itu, kata China State Railway Group Co, Ltd (China Railway), lapor Xinhua.

Model baharu ini jauh lebih pantas berbanding kereta api laju CR400 Fuxing yang sedang beroperasi, dengan kelajuan perkhidmatan 350km/j.

China Railway akan menjalankan siri ujian laluan untuk prototaip ini dan mengoptimumkan penunjuk teknikalnya bagi memastikan CR450 dapat memasuki perkhidmatan komersial secepat mungkin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.