Bongkar sistem kesihatan Gaza, WHO kutuk Israel

Bongkar sistem kesihatan Gaza, WHO kutuk Israel

Penahanan pengarah Hospital Kamal Adwan antara tindakan terbaru atas alasan premis diguna bagi tujuan ketenteraan dan persembunyian pejuang.

israel bom hospital fb
Tangkap layar video dikongsi Pengarah Hospital Kamal Adwan, Hussam Abu Safiya menunjukkan peranti robotik tentera Israel meletakkan kotak kayu di luar pintu pagar hospital.
TEL AVIV:
Pihak berkuasa kesihatan dikawal Hamas di Semenanjung Gaza menuduh tentera Israel menahan seorang pengarah hospital, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Hussam Abu Safiya, pengarah Hospital Kamal Adwan yang dikepung di Utara Gaza dan puluhan pekerja lain dibawa ke kemudahan untuk disoal siasat, kata pihak berkuasa.

Tentera Israel tidak segera mengulas apabila ditanya.

Pasukan Pertahanan Israel melancarkan operasi di kawasan sekitar hospital pada pagi Jumaat, mengatakan Hamas menggunakan bangunan itu untuk tujuan ketenteraan dan sebagai tempat persembunyian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel dan menuduhnya membongkar sistem kesihatan Gaza secara sistematik.

WHO berkata, operasi terbaru itu menyebabkan Hospital Kamal Adwan “tidak berfungsi”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.