
Isnin lalu, Majlis Perlembagaan Mozambique mengesahkan keputusan pilihan raya Oktober lepas yang menyaksikan kemenangan calon parti pemerintah Frelimo, Daniel Chapo. Pengumuman itu mencetuskan rusuhan di seluruh negara.
Pada hari sama, AFP melaporkan 1,534 banduan melarikan diri dalam kejadian itu, menurut komander jeneral polis, Bernardino Rafael. Ketua polis itu turut memaklumkan 33 banduan terbunuh dan 15 lagi cedera dalam kejadian sama.
“Kami mengesahkan insiden ini, tetapi pasukan kami masih berada di lapangan untuk menentukan angka sebenar dan butiran lain,” kata Setiausaha Tetap Kementerian Kehakiman, Justino Tonela kepada agensi berita itu.
Menurut Rafael, polis menahan semula kira-kira 150 banduan yang melarikan diri.
Penjara keselamatan maksimum Maputo yang terletak lebih 13.84km dari ibu negara itu menempatkan lebih 3,000 banduan yang disabitkan jenayah ganas, kebanyakannya pembunuhan, menurut Kementerian Kehakiman Mozambique.
PRU diadakan di Mozambique pada 9 Okt lalu, dengan keputusan awal menunjukkan Chapo mendahului untuk jawatan presiden. Calon bebas, Venancio Mondlane menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap keputusan awal itu dan menggesa bantahan awam secara besar-besaran.