
“Tiada tempat yang selamat untuk kanak-kanak. Sejak perang bermula, seramai 14,500 kanak-kanak dilaporkan terbunuh di Gaza, menurut Tabung Kanak-kanak PBB (Unicef).
“Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia nyawa yang dipendekkan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
UNRWA menegaskan tiada justifikasi untuk membunuh kanak-kanak di Semenanjung Gaza dan semua kanak-kanak terselamat “mengalami parut fizikal dan psikologi”.
Menurutnya, mereka tidak mendapat pendidikan kerana “kanak-kanak lelaki dan perempuan di Gaza menghabiskan masa mencari melalui runtuhan”.
“Masa hampir habis untuk kanak-kanak ini. Mereka kehilangan nyawa, masa depan dan sebahagian besar harapan mereka.”
Julai lalu, UNRWA berkata: “Kanak-kanak di Semenanjung Gaza menghadapi tragedi dan trauma setiap hari.”