
Gabenor negeri Rio Grande do Sul Eduardo Leite pada sidang media, berkata mangsa adalah seorang ahli perniagaan dari Sao Paulo yang mengendalikan pesawat itu dan sembilan ahli keluarganya.
Beliau berkata selain itu, 17 mangsa di darat turut cedera dengan dua daripadanya parah.
Pesawat itu melanggar sebuah bangunan pangsapuri, kedai perabot, rumah penginapan, dan cerobong asap bangunan lain di bandar kecil itu, menurut laporan laman sesawang G1.
Akaun Instagram kedai perabot itu menyatakan tiada individu berada di premis semasa kejadian.
Leite berkata pesawat itu terhempas beberapa minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Canela pada waktu pagi menuju ke Jundiai, kira-kira 1,000km ke utara di Sao Paulo.
Punca kejadian masih dalam siasatan, kata gabenor.