Siklon Chido: Lebih 200 sukarelawan dikhuatiri hilang di Mayotte

Siklon Chido: Lebih 200 sukarelawan dikhuatiri hilang di Mayotte

Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah bimbang nasib lebih 200 sukarelawannya akibat Siklon Chido.

Mayotte Cyclone Chido
Siklon Chido yang membadai pulau Mayotte pada Sabtu, membunuh sekurang-kurangnya 14 orang dan menyebabkan kerosakan besar ke atas pulau itu. (Gambar AP)
GENEVA:
Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) melahirkan kebimbangan pada Selasa berhubung nasib lebih 200 sukarelawannya yang dikhuatiri hilang di Mayotte, wilayah Lautan Hindi Perancis, selepas Siklon Chido memusnahkan pulau-pulau itu, lapor Xinhua.

“Angin sehingga 220 kilometer sejam (km/j) yang disebabkan oleh Siklon Chido telah memusnahkan wilayah luar negara Perancis di Mayotte. Dikhuatiri lebih daripada 200…sukarelawan hilang,” kata IFRC di platform X.

Siklon Chido, yang membadai pulau Mayotte pada Sabtu, telah membunuh sekurang-kurangnya 14 orang dan menyebabkan kerosakan besar ke atas pulau itu, lapor media Perancis pada Ahad.

Jurucakap IFRC Tommaso Della Longa melahirkan kebimbangan terhadap sebilangan besar individu yang masih belum ditemukan berikutan kemusnahan Siklon Chido di Mayotte.

Dalam temu bual televisyen, beliau mendedahkan bahawa lebih 200 sukarelawan daripada Palang Merah Perancis adalah antara yang hilang, tanpa komunikasi sejak taufan melanda.

Beliau menambah bahawa pasukan Palang Merah Perancis dikerahkan bersama dengan bantuan kemanusiaan, sebagai persediaan menghadapi bencana itu, tiba di pulau-pulau itu seminggu sebelum taufan berkenaan mendarat.

Terletak di Saluran Mozambique utara Lautan Hindi, Mayotte ialah jabatan dan wilayah luar negara dan kolektiviti wilayah tunggal Perancis. Ia terletak di luar pantai tenggara Afrika antara barat laut Madagascar dan timur laut Mozambique.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.