
Serbuan dilakukan di Pejabat Polis Metropolitan Seoul dan Pasukan Pengawal Polis Parlimen, lapor Agensi Berita Yonhap.
Laporan menyebut Presiden Yoon tidak berada di bangunan pejabatnya semasa serbuan dijalankan.
Pada 3 Dis, Yoon mengisytiharkan undang-undang tentera sambil mendakwa parti pembangkang terlibat dalam ‘aktiviti antinegara yang merancang pemberontakan’.
Bagaimanapun, Parlimen menolak pengisytiharan itu dan mengundi membatalkan undang-undang tentera berkenaan.
Speaker Parlimen Woo Won-shik kemudian mengisytiharkan bahawa pengisytiharan presiden tidak sah susulan undian oleh Ahli Parlimen.
Yoon menarik balik pengisytiharan undang-undang tentera dan memohon maaf kepada rakyat.
Beliau kemudiannya dilarang meninggalkan negara sementara siasatan terhadap insiden itu diteruskan.
Dalam pada itu, bekas Menteri Pertahanan Kim Yong-hyun ditahan berkaitan siasatan terhadap kemungkinan kes pengkhianatan.