
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya tujuh maut dan puluhan lagi cedera selepas sebuah bas merempuh pejalan kaki serta kenderaan di sebuah kawasan sibuk di ibu negara kewangan India, Mumbai pada petang Isnin.
Polis menahan pemandu bas atas tuduhan menyebabkan kematian akibat cuai, menurut laporan media tempatan pada Selasa.
Pemandu itu nampaknya “tidak selesa” dengan transmisi automatik kenderaan elektrik milik perkhidmatan pengangkutan awam bandar itu.
Keadaan panik tercetus apabila bas merempuh kereta, beca automatik dan pejalan kaki, sebelum ia terhenti selepas merempuh sebuah kompleks bangunan kediaman.