
“Bashar dan ahli keluarganya tiba di Moscow. Atas pertimbangan kemanusiaan, Rusia memberikan suaka kepada mereka.
“Rusia sentiasa menyokong penyelesaian politik bagi krisis Syria. Kami menegaskan bahawa rundingan yang dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu disambung semula,” kata TASS yang memetik sumber Kremlin
Pegawai Rusia sedang berhubung dengan wakil-wakil pembangkang bersenjata Syria, dengan pemimpinnya memberi jaminan keselamatan kepada pangkalan tentera serta misi diplomatik Rusia di wilayah Syria.
Pergolakan kembali tercetus di Syria pada 27 Nov di kawasan luar bandar barat Aleppo, sebuah bandar utama di utara Syria.
Dalam tempoh 10 hari, pasukan penentang melancarkan serangan dengan menawan beberapa bandar strategik sebelum berjaya menguasai Damsyik, pada Ahad dan menyebabkan kejatuhan rejim Bashar selepas 13 tahun perang saudara.