
“Saya benar-benar memohon maaf kepada rakyat yang pastinya terkejut dengan perkara ini,” kata Yoon dalam ucapan umum yang disiarkan di televisyen, beberapa jam sebelum undian Parlimen terhadap usul pemecatannya, pada Sabtu.
Yoon membuat kenyataan itu dalam penampilan umum pertamanya selepas mengisytiharkan undang-undang tentera pada Selasa malam, yang kemudiannya dibatalkan enam jam kemudian selepas Dewan Negara menolaknya.
Beliau menjelaskan, keputusan berkenaan diambil atas dasar ‘terdesak’ sebagai presiden, namun mengakui tindakan itu menimbulkan kebimbangan dan kesulitan kepada rakyat.
“Saya tidak akan mengelak daripada tanggungjawab undang-undang dan politik berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera ini,” katanya sambil berikrar menyerahkan semua keputusan, termasuk tempoh pemerintahannya, kepada Parti Kuasa Rakyat untuk menstabilkan negara.
Yoon dipilih sebagai presiden pada Mei 2022 bagi penggal lima tahun.