Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera

Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera

Undang-undang tentera ini bertujuan membanteras kumpulan pro-Korea Utara, kata Presiden Yoon Suk Yeol.

Yoon Suk Yeol
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol mengisytiharkan undang-undang tentera pada Selasa, menurutnya bertujuan membanteras kumpulan pro-Korea Utara dan melindungi kestabilan perlembagaan. (Gambar KTV/EPA Images)
SEOUL:
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Selasa mengisytiharkan undang-undang tentera, sambil menuduh parti pembangkang terlibat dalam ‘kegiatan antinegara yang merancang pemberontakan’, lapor agensi berita Yonhap.

“Undang-undang tentera ini bertujuan membanteras kumpulan pro-Korea Utara dan melindungi kestabilan perlembagaan berteraskan kebebasan,” kata Yoon dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.

Langkah ini diambil selepas Parti Demokratik pembangkang meluluskan rang undang-undang belanjawan berskala kecil dalam jawatankuasa belanjawan Parlimen, selain mengemukakan usul pendakwaan terhadap seorang juruaudit negara dan ketua pendakwa raya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.