3 maut ditembak polis ketika pegawai ‘tinjau’ masjid bersejarah India

3 maut ditembak polis ketika pegawai ‘tinjau’ masjid bersejarah India

'Tinjauan' itu dilakukan atas perintah mahkamah selepas seorang peguam tempatan dakwa masjid itu dibina di atas tapak peninggalan Hindu.

Masjid Shahi Jama yang dibina pada abad ke-16. (Gambar Facebook)
NEW DELHI:
Tiga pemuda Islam terbunuh akibat tembakan polis di bandar Sambhal, utara India, semasa pegawai menjalankan “tinjauan” ke atas masjid besar bersejarah berusia berabad-abad itu.

Polis berkata, “tinjauan” itu dilakukan atas perintah mahkamah selepas seorang peguam tempatan mendakwa masjid itu dibina di atas tapak peninggalan Hindu.

Umat Islam mengecam tindakan itu sebagai provokasi dan percubaan radikal Hindu mencetuskan ketegangan di bandar majoriti Muslim yang terletak kira-kira 150km dari New Delhi.

Ini merupakan tindakan kedua seumpamanya dalam tempoh beberapa hari oleh pihak berkuasa tempatan dengan kehadiran polis yang ketat.

Ketegangan telah memuncak di bandar itu sejak “tinjauan” pertama terhadap Masjid Shahi Jama yang dibina pada abad ke-16, pada 19 Nov.

Ahli Parlimen yang mewakili Sambhal, Ziaur Rehman Barq, mengecam tindakan polis yang menyebabkan kematian tiga pemuda itu.

Seorang saksi berkata ramai yang cedera dalam pertempuran itu dan pihak polis menyekat jalan ketika ketegangan semakin memuncak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.