Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan USD196,000

Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan USD196,000

Pelajar wanita itu mati dicekik Chen Po-yen pada Oktober 2022.

student kill chai girl
Chen Po-yen diperintah membayar pampasan dengan faedah tahunan lima peratus kerana bersalah membunuh pelajar wanita dari Malaysia, yang dikenali dengan nama keluarga Chai. (Gambar Instagram)
TAIPEI:
Sebuah mahkamah dalam prosiding sivil memutuskan seorang lelaki Taiwan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada Januari 2024 kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar lebih NTD6 juta (USD196,020) sebagai pampasan kepada keluarga mangsa, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).

Mahkamah Daerah Shilin memerintahkan Chen Po-yen membayar NTD3,010,355 dan NTD3,369,999 masing-masing kepada ibu dan bapa pelajar universiti wanita yang dicekiknya sehingga mati, dengan faedah tahunan lima peratus dikira mulai Ogos 2023.

Keputusan mahkamah itu boleh dirayu.

Chen, yang berusia 30 tahun ketika kejadian, kini menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh pelajar universiti dikenali dengan nama keluarga Chai, pada Oktober 2022.

Mahkamah Daerah Shilin mendapati Chen bersalah atas tuduhan membunuh pada Januari, dan keputusan itu dikekalkan Mahkamah Tinggi Taiwan, pada Jun lalu.

Chen mengaku mencekik Chai sehingga mati di rumah sewanya selepas mangsa enggan memulangkan sebahagian daripada NTD99,999 yang telah dipindahkan ke dalam akaunnya, menurut kenyataan Mahkamah Daerah Shilin, pada Januari.

Chai, yang berusia 24 tahun ketika kejadian sedang menuntut di sebuah universiti di Taipei dan bekerja sebagai model sambilan serta penstriman langsung di media sosial, menurut polis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.