35 maut, warga emas sengaja rempuh orang ramai

35 maut, warga emas sengaja rempuh orang ramai

Siasatan awal mendapati dia tidak berpuas hati dengan pembahagian aset berikutan perceraiannya, yang dipercayai menjadi punca serangan itu.

Seramai 43 orang turut cedera selepas lelaki berusia 62 tahun itu merempuh pintu pagar pusat sukan dan melanggar orang ramai yang sedang bersenam. (Gambar X)
BEIJING:
Seorang warga emas disyaki dengan sengaja memandu kenderaannya ke arah sekumpulan orang ramai, mengakibatkan 35 orang terbunuh dan 43 yang lain cedera, lapor pegawai keselamatan di bandar Zhuhai, selatan China pada Selasa, menurut Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam kejadian pada petang Isnin, lelaki berusia 62 tahun itu menggunakan kenderaannya untuk merempuh pintu pagar pusat sukan dan melanggar orang ramai yang sedang bersenam.

Suspek kemudiannya ditahan polis ketika cuba melarikan diri, menurut laporan itu.

Menurut pihak berkuasa keselamatan, suspek telah mencederakan dirinya dengan pisau dan telah koma.

Siasatan awal mendapati dia tidak berpuas hati dengan pembahagian aset berikutan perceraiannya, yang dipercayai menjadi punca serangan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.