Sekurang-kurang 30 maut dalam serangan Israel di Lubnan

Sekurang-kurang 30 maut dalam serangan Israel di Lubnan

Tujuh kanak-kanak turut terkorban selepas serangan mengenai sebuah rumah menempatkan individu kehilangan tempat tinggal.

Serangan udara Israel di Lubnan mengakibatkan 30 terbunuh di Jbeil, utara Beirut. (Gambar AP)
KAHERAH:
Seramai 30 terbunuh dalam serangan udara Israel di beberapa kawasan di Lubnan, lapor Kementerian Kesihatan Lubnan, menurut dpa.

Jumlah korban tertinggi dicatatkan di bandar Aalamat di Jbeil, utara Beirut.

Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, sekurang-kurangnya 23, termasuk tujuh kanak-kanak terkorban selepas serangan Israel mengenai sebuah rumah.

Kementerian itu berkata, jumlah korban dijangka meningkat kerana bahagian badan orang lain telah ditemukan dari lokasi itu untuk tujuan pengecaman.

Rumah diserang itu menempatkan 35 orang yang kehilangan tempat tinggal, menurut stesen televisyen Lubnan, al-Jadeed.

Dalam kejadian berasingan di Lubnan, serangan udara Israel turut menyasarkan sebuah pusat kesihatan di bandar Adloun di Sidon, selatan Lubnan, mengakibatkan tiga anggota paramedik terkorban, kata Kementerian Kesihatan.

Kementerian itu menambah bahawa empat orang lagi terkorban dalam serangan udara Israel yang dilancarkan pada Sabtu di kawasan Western Beqaa di Timur Lubnan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.