
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Amerika atas penghormatan luar biasa dipilih sebagai presiden ke-47 dan presiden ke-45 anda,” kata Trump kepada penyokong di Palm Beach, Florida, merujuk kepada penggal terdahulunya di pejabat pada 2017-2021 sebelum Joe Biden menjadi presiden AS ke-46 selama empat tahun.
Menurut unjuran Fox News, Trump memastikan kemenangan selepas mengalahkan pesaingnya daripada parti Demokrat, Naib Presiden Kamala Harris dalam pilihan raya presiden pada Selasa.
“Ini kemenangan hebat untuk rakyat Amerika yang akan membolehkan kita menjadikan Amerika hebat semula,” tambah Trump.
Berikrar untuk memperjuangkan setiap rakyat, beliau berkata: “Kita akan membantu negara kita pulih.”
Kemenangan itu menjadikan Trump satu-satunya presiden AS yang berkhidmat dalam penggal tidak berturutan, selepas Grover Cleveland yang berkhidmat dua penggal pada akhir 1800-an.