
Polis mengesahkan tiga suspek telah dikenal pasti, manakala lapan lagi dalam senarai dikehendaki digesa agar menyerah diri secara sukarela.
“Mereka berkongsi tanggungjawab, termasuk menguruskan kewangan, mengatur pengangkutan, dan menghubungkan rangkaian mereka di seluruh Bangladesh, Aceh, Riau dan Malaysia,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Aceh Ade Harianto dalam kenyataan.
Ade berkata, suspek menjalankan kegiatan penyeludupan itu untuk tempoh yang lama dengan data biometrik daripada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) terbukti penting untuk siasatan.
Polis akan terus memburu mereka yang terlibat dalam penyeludupan manusia sehingga mereka ditahan dan didakwa mengikut undang-undang.
Tindakan mereka melanggar undang-undang Imigresen dan boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan pemerdagangan manusia, menurut Ade.
Kejayaan membongkar rangkaian itu adalah hasil kerjasama kukuh antara pelbagai pihak berkepentingan, termasuk pemimpin tempatan, pegawai imigresen, kerajaan wilayah, UNHCR dan Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), tambahnya.