Serangan Israel, kemudahan nuklear Iran tak jejas, kata IAEA

Serangan Israel, kemudahan nuklear Iran tak jejas, kata IAEA

Ketua IAEA Rafael Grossi berkata demikian dalam serangan terbaharu ke atas negara itu.

Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi mengesahkan kemudahan nuklear Iran tidak terjejas dalam serangan Israel. (Gambar AP)
LONDON:
Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi mengesahkan kemudahan nuklear Iran tidak terjejas dalam serangan terbaharu Israel.

“Kemudahan nuklear Iran kekal tidak terjejas. Pemeriksa IAEA berada dalam keadaan selamat dan terus menjalankan tugas penting mereka.

“Saya menyeru agar berhati-hati dan tidak melakukan tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan bahan nuklear dan bahan radioaktif lain,” kata Grossi menerusi platform media sosial X, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Pada Sabtu, serangan udara Israel di wilayah Iran pada Sabtu mencetuskan kecaman global, menimbulkan kemarahan meluas serta gesaan mendesak untuk gencatan senjata segera.

Kerajaan di peringkat serantau dan antarabangsa mengecam serangan terbabit, menekankan ketegangan yang semakin meningkat di Timur Tengah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.