Situasi di Lubnan meruncing, Unifil bunyi siren bahaya tahap 3

Situasi di Lubnan meruncing, Unifil bunyi siren bahaya tahap 3

Pasukan pengaman PBB dalam keadaan berjaga-jaga susulan pertempuran antara Israel dan kumpulan tempatan.

Siren amaran bahaya tahap tiga menandakan risiko teruk dibunyikan Unifil. (Gambar UN)
ANKARA:
Siren amaran bahaya tahap tiga menandakan risiko teruk, dibunyikan di pusat misi pasukan pengaman PBB (Unifil) di bandar Maarakeh, daerah Tyre, selatan Lubnan, lapor Agensi Anadolu yang memetik Agensi Berita Kebangsaan Lubnan (NNA).

Menurut NNA, amaran itu dikeluarkan ketika ketegangan di kawasan itu masih tinggi dengan pertempuran dan serangan rentas sempadan masih berterusan antara pasukan Israel dan kumpulan tempatan.

Kakitangan Unifil dan penduduk tempatan berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana situasi keselamatan di selatan Lubnan semakin meruncing.

Israel melancarkan kempen udara besar-besaran di Lubnan sejak akhir bulan lalu terhadap sasaran yang didakwa sebagai markas Hizbullah, mengorbankan lebih 1,500 orang dan menyebabkan lebih 1.34 juta kehilangan tempat tinggal.

Pertempuran rentas sempadan antara kedua-dua pihak berlarutan sejak perang Gaza pada Oktober lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.