
Putin dalam satu sidang media, berkata beliau sedar mengenai kekecohan yang melibatkan Rusia dan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap dirinya.
“Saya mempunyai hubungan baik dan mesra dengan Presiden (Brazil), Lula (da Silva). Patutkah saya pergi ke sana untuk mengganggu kerja forum ini?” kata presiden Rusia itu.
Rusia akan mencari wakil sesuai menghadiri mesyuarat blok ekonomi di Brazil, katanya.
Pada tahun-tahun sebelumnya, Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov mewakili Putin di forum itu.
Sidang Kemuncak BRICS bersama Brazil, India, China, Afrika Selatan, Arab Saudi, Iran, Ethiopia, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu di bandar Kazan, Rusia minggu depan menjadi tumpuan dasar luar negara itu berbanding Sidang Kemuncak G20.
Pada 2023, ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Putin atas dakwaan jenayah perang di Ukraine, khususnya penculikan kanak-kanak Ukraine.