Tribunal jenayah Bangladesh keluar waran tangkap Hasina

Tribunal jenayah Bangladesh keluar waran tangkap Hasina

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Golam Mortuza Majumdar mengeluarkan perintah itu atas permintaan pihak pendakwa raya.

Bekas perdana menteri Bangladesh Sheikh Hasina meletak jawatan dan melarikan diri ke India pada 5 Ogos selepas berminggu-minggu protes terhadap pemerintahannya. (Gambar AP)
NEW DELHI:
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas perdana menteri Sheikh Hasina atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan yang didakwa dilakukan semasa pemberontakan yang dipimpin pelajar baru-baru ini.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Golam Mortuza Majumdar mengeluarkan perintah itu atas permintaan pihak pendakwa raya.

“Tribunal mengeluarkan perintah agar Hasina ditangkap dan kemudiannya dibawa ke mahkamah sebelum 18 Nov,” kata ketua pendakwa raya Mohammad Tajul Islam, dipetik agensi berita Bangladesh Sangbad Sangstha.

Hasina meletak jawatan dan melarikan diri ke India pada 5 Ogos selepas berminggu-minggu protes terhadap pemerintahannya.

Bangladesh mendakwa beberapa tokoh utama, termasuk bekas menteri dalam pentadbiran Hasina, atas tuduhan seperti pembunuhan, pelanggaran hak asasi manusia dan rasuah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.