
Kemalangan itu berlaku di luar bandar Niort menyebabkan kematian pemandu dan tiga penumpang yang juga pekerja sebuah restoran di Melle, menurut sumber rapat dengan polis.
Seorang hakim memberitahu AFP, siasatan dilancarkan untuk menentukan punca kemalangan maut itu.
Menurut laporan awal, kenderaan itu merempuh beberapa papan tanda jalan pada kelajuan tinggi.
Polis berkata, semua penumpang meninggal dunia ketika pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian.
Tesla, yang diasaskan CEO jutawan Elon Musk, sering berdepan pertikaian berhubung isu keselamatannya.
April lalu, pengeluar kereta itu mencapai penyelesaian di luar mahkamah dengan keluarga seorang jurutera yang terbunuh apabila Tesla Model X terbabit kemalangan di Lembah Silikon pada 2018.
Menurut saman di mahkamah, mangsa berada di sebuah lebuh raya California menggunakan ciri pemanduan automatik Tesla ketika kenderaan itu memasuki median konkrit.
Disember lalu, Tesla memanggil semula lebih dua juta kenderaannya di Amerika Syarikat dan Kanada atas risiko berkaitan perisian pemanduan automatik dan kemungkinan risiko pelanggaran, menurut pengawal selia AS.