Nicaragua putus hubungan diplomatik dengan Israel

Nicaragua putus hubungan diplomatik dengan Israel

Ia sebagai tindak balas terhadap 'genosid kejam' oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

Kemusnahan di Khan Younis, Semenanjung Gaza selepas serangan udara dan darat rejim Zionis bulan lalu. (Gambar AP)
MANAGUA:
Nicaragua pada Jumaat mengumumkan keputusan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel sebagai tindak balas terhadap “genosid kejam” oleh Israel terhadap rakyat Palestin, lapor Xinhua.

Langkah itu diambil susulan permintaan Parlimen negara Amerika Tengah itu yang meluluskan perisytiharan kecaman semasa sesi khas yang diadakan pada tahun pertama konflik Gaza.

Parlimen mengecam “genosid berterusan, kekejaman, kebencian melampau dan pemusnahan oleh kerajaan Israel,” menurut kerajaan Nicaragua dalam kenyataan.

Kerajaan Nicaragua berkata, keputusan itu sebagai “solidariti kekal” dengan rakyat dan kerajaan Palestin serta mematuhi undang-undang antarabangsa dan konvensyen yang mengawal hubungan antara negara serta kerajaan.

Kerajaan diketuai Presiden Daniel Ortega itu turut mengulangi “gesaan mematuhi semua Resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu” untuk negara Palestin yang “bebas, berdaulat, merdeka dan mampu menentukan nasib sendiri”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.