
SEOUL: Han Kang menjadi penulis Korea Selatan pertama memenangi Hadiah Nobel dalam bidang Kesusasteraan, lapor Yonhap.
Akademi Sweden pada Khamis mengumumkan Han sebagai penerima anugerah tahun ini, mengiktiraf penulis berusia 53 tahun itu atas ‘prosa puitisnya yang mendalam yang menghadapi trauma sejarah dan mendedahkan kerapuhan kehidupan manusia’.
Han ialah wanita Asia pertama yang memenangi anugerah dalam bidang Kesusasteraan dan penerima Hadiah Nobel kedua dari Korea Selatan selepas bekas Presiden Kim Dae-jung menerima Hadiah Nobel Keamanan pada 2000.