
Serangan udara yang menyasarkan kilang di Zon Perindustrian Hasya di kawasan luar bandar selatan Homs menyebabkan kerosakan dan kepulan asap, menurut kumpulan pemantau berpangkalan di Britain itu.
Faktor menyebabkan serangan itu masih tidak diketahui kerana kilang berkenaan kosong, katanya.
Walaupun tiada pengesahan rasmi, televisyen Syria melaporkan bahawa satu letupan didengar dari satu daripada kilang di Hasya dan siasatan sedang dijalankan bagi menentukan puncanya.
Israel kerap melakukan serangan udara di Syria, menyasarkan apa yang dikatakannya sebagai kedudukan dikaitkan dengan Iran dan Hizbullah Lubnan.
Serangan terbaharu ini berlaku di tengah-tengah ketegangan yang meningkat di rantau itu, ketika Israel meningkatkan serangan udaranya di Syria sepanjang minggu lepas sebagai sebahagian daripada konfrontasi serantau dengan Iran dan Hizbullah.