Brasilia rekod kemarau terpanjang 164 hari

Brasilia rekod kemarau terpanjang 164 hari

Ibu negara Brazil itu berdepan paras kelembapan sangat rendah 15% dengan suhu lebih 35 darjah Celsius.

Kebakaran hutan di Brasilia meningkat 269% tahun ini, berbanding tahun-tahun sebelumnya. (Gambar AP)
SAO PAULO:
Ibu negara Brazil, Brasilia, mencatat rekod baharu bagi tempoh kemarau terpanjang dengan 164 hari berturut-turut tanpa hujan, lapor Institut Meteorologi Kebangsaan (Inmet).

Kemarau berpanjangan mencetuskan kebakaran hutan meluas, meningkat sejak Ogos di pelbagai kawasan di negara itu.

Rekod sebelumnya dicatatkan pada 1963, hanya tiga tahun selepas penubuhan Brasilia, dengan 163 hari berturut-turut tanpa hujan.

Bandar yang terletak di wilayah tengah Brazil kini berhadapan dengan ancaman berganda dengan cuaca panas melampau dan kelembapan rendah.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran ‘oren’ susulan paras kelembapan yang sangat rendah iaitu 15%, digabungkan dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius.

Laporan daripada Institut Penyelidikan Angkasa Negara (Inpe) menunjukkan peningkatan 269% kebakaran hutan di Brasilia tahun ini, berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Inmet meramalkan hujan akan turun pada 8 Okt, selepas suhu panas terik 36.8 darjah Celsius pada Khamis, iaitu hari terpanas tahun ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.