Lebih 700,000 rakyat Haiti jadi pelarian negara sendiri

Lebih 700,000 rakyat Haiti jadi pelarian negara sendiri

Krisis kemanusiaan berlaku akibat keganasan kumpulan jenayah.

haiti
Kanak-kanak mewakili lebih separuh daripada 700,000 rakyat Haiti yang menjadi pelarian dalam negara. (Gambar AP)
MOSCOW:
Lebih 700,000 termasuk kanak-kanak terpaksa meninggalkan kediaman di Haiti akibat krisis kemanusiaan dan keganasan kumpulan, iaitu peningkatan sebanyak 22% berbanding Jun, lapor Sputnik.

“Lebih 700,000 orang dengan lebih separuh daripadanya adalah kanak-kanak, kini menjadi pelarian dalam negara di seluruh Haiti. Angka terkini menunjukkan peningkatan 22% berbanding Jun, menyaksikan situasi kemanusiaan yang semakin meruncing,” menurut laporan terbaharu Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM).

Dalam tempoh tujuh bulan yang lalu, lebih 110,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka disebabkan keganasan kumpulan penjenayah khususnya di Gressier, menurut kenyataan itu lagi.

“Majoriti orang yang hilang tempat tinggal di Haiti, sekitar 75% kini ditempatkan di wilayah negara itu, dengan wilayah Grand Sud sahaja menampung 45% daripada mereka yang dipindahkan,” menurut laporan itu.

Haiti dibelenggu krisis sosioekonomi dan politik yang kian meruncing selepas pembunuhan Presiden Jovenel Moise pada 2021.

Negara itu juga menyaksikan peningkatan luar biasa membabitkan kes keganasan kumpulan seperti pemerasan dan penculikan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.