
TAIPEI: Sebanyak 211 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan dibatalkan berikutan Taufan Krathon dijangka melanda selatan Taiwan tengah hari ini, lapor Agensi Berita Central News Agency (CNA) memetik pihak berkuasa lapangan terbang.
Sebanyak 85 penerbangan masuk, 88 penerbangan keluar dan 38 penerbangan kargo dibatalkan setakat 8 pagi tadi waktu tempatan, menurut Taoyuan International Airport Corp.
Pihak berkuasa turut mengingatkan penumpang menyemak status penerbangan dengan syarikat penerbangan sebelum ke lapangan terbang.
Setakat 10 pagi Khamis, Krathon berada kira-kira 30km di barat daya Kaohsiung dan bergerak ke utara-timur laut pada kelajuan 8km/j, menurut data Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA).
Taufan itu membawa angin kencang dengan kelajuan maksimum 126km/j, menurut data CWA.