Bas lawatan sambil belajar terbakar, sekurang-kurangnya 10 maut

Bas lawatan sambil belajar terbakar, sekurang-kurangnya 10 maut

Kejadian membabitkan bas dua tingkat yang membawa 38 pelajar dan enam guru dari Sekolah Wat Khao Phraya yang dalam perjalanan ke Bangkok.

Bas yang membawa 38 pelajar dan enam guru dari Sekolah Wat Khao Phraya terbakar di Jalan Vibhavadi Rangsit, Bangkok, pada petang Selasa.
BANGKOK:
Sebuah bas dua tingkat yang membawa guru dan pelajar dari wilayah Uthai Thani, utara Thailand terbakar pada petang Selasa, mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang.

Thai PBS World melaporkan, bas yang membawa 38 pelajar dan enam guru dari Sekolah Wat Khao Phraya di daerah Lan Sak itu sedang dalam perjalanan ke Bangkok ketika kejadian berlaku di Jalan Vibhavadi Rangsit.

Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra berkata, beliau mengarahkan beberapa menteri, termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Anutin Charnvirakul; Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan Suriya Juangroongruangkit; serta Timbalan Menteri Dalam Negeri Sabida Thaiset untuk melawat lokasi kejadian.

“Saya dimaklumkan mengenai kebakaran bas yang melibatkan pelajar dari Uthai Thani ketika menyertai lawatan sambil belajar ke Bangkok, yang secara tragis mengakibatkan kematian dan kecederaan.

“Sebagai seorang ibu, saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang cedera dan terkorban,” katanya menerusi akaun rasminya di platform X pada Selasa.

Jumlah sebenar mangsa masih belum dapat dipastikan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.