
NARATHIWAT: Lapan anggota renjer cedera dalam satu letupan bom menyasarkan trak pikap dinaiki di daerah Rangae, Narathiwat, Selatan Thailand.
Ketua Polis Rangae Apakorn Virupakraksa, berkata dalam kejadian 11.20 pagi waktu tempatan, anggota renjer sedang melakukan rondaan di Kampung Hulu Parik.
“Siasatan awal mendapati bom buatan sendiri yang ditanam di tepi jalan meletup setelah diaktifkan ketika trak pikap anggota renjer lalu,” katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian.
Apakorn berkata, semua anggota renjer cedera mendapatkan rawatan di Hospital Rangae dan Hospital Narathiwat.
Polis sedang giat menjejaki individu atau kumpulan yang terlibat dalam serangan itu, katanya.