Vietnam nasihat rakyat segera tinggalkan Lubnan

Vietnam nasihat rakyat segera tinggalkan Lubnan

Rakyat Vietnam merancang ke Timur Tengah turut dinasihat menangguh atau membatalkan perjalanan mereka sehingga keadaan kembali stabil.

israel lubnan
Seorang penduduk memeriksa tahap kerosakan bangunan akibat serangan udara Israel di Akbieh, selatan Lubnan pada Selasa. (Gambar AP)
HANOI:
Kedutaan Vietnam di Mesir dan Lubnan mengeluarkan nasihat perjalanan menggesa rakyatnya segera meninggalkan negara itu sementara penerbangan komersial masih beroperasi susulan konflik semakin memuncak serta merebak di rantau berkenaan.

Agensi Berita Vietnam (VNA) melaporkan kedutaan turut menasihatkan rakyat Vietnam merancang ke Timur Tengah menangguh atau membatalkan perjalanan mereka sehingga keadaan kembali stabil.

Bagi mereka yang tinggal dan bekerja di Lubnan, kedutaan menekankan jika mereka tidak dapat meninggalkan negara kerana halangan sukar dielakkan, mereka perlu berwaspada, memantau media tempatan dengan teliti, mengelakkan perhimpunan serta menjauhi sempadan Lubnan-Israel, selatan Beirut dan kawasan utara dekat sempadan Syria.

Kedutaan juga menggesa rakyat Vietnam mencari perlindungan sementara di kawasan lebih selamat serta menyimpan bekalan makanan dan ubat-ubatan sebagai langkah berjaga-jaga, jika keadaan bertambah buruk.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.