
Keputusan itu sebagai tindak balas kepada serangan udara Israel ke atas Lubnan, menjejaskan penerbangan ke dan dari Beirut yang dijadualkan pada Rabu, menurut akhbar Haberturk.
Ketika ini, tiket dari Istanbul ke Beirut tidak tersedia untuk Rabu di laman sesawang Turkish Airlines, walaupun tempahan untuk Khamis kekal dibuka.
Untuk beberapa waktu, kedua-dua syarikat penerbangan mengehadkan operasi kepada penerbangan siang hari atas sebab keselamatan disebabkan konflik berterusan di rantau itu.
Sementara itu, Pegasus memperkenalkan peraturan baharu melarang penumpang membawa alat kelui atau peranti radio dalam penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri di Beirut.
“Ini terpakai kepada semua beg peribadi, bagasi kabin dan kargo, dengan rampasan oleh pegawai keselamatan lapangan terbang jika dilanggar,” kata syarikat penerbangan itu di laman sesawangnya Jumaat lalu.
Minggu lalu, letupan serentak alat kelui di Lubnan mengakibatkan lebih 30 kematian dan ribuan kecederaan. Susulan itu, kerajaan Israel mengumumkan ia memasuki “fasa baharu” konfliknya dengan Hizbullah.