
NEW DELHI: Pakistan mengutuk serangan keganasan Israel menggunakan alat kelui dan peranti komunikasi di Lubnan serta menyifatkannya tanda “pengembaraan keganasan Israel yang membimbangkan” di rantau itu.
Menggunakan kaedah siber dan elektronik melakukan keganasan di negara lain tidak boleh diterima, kata Jurucakap Kementerian Luar, Mumtaz Zahra Baloch dalam taklimat media di Islamabad pada Khamis.
“Serangan keganasan ini manifestasi pengembaraan Israel yang membimbangkan di rantau itu,” katanya sambil mendakwa rejim Zionis membahayakan keamanan dan keselamatan serantau.
Pegawai keselamatan Lubnan yang dipetik media berkata, rangkaian perisikan Israel menanam bahan letupan dalam ribuan alat kelui dan walkie-talkie diimport dari pengeluar Asia Timur, sebelum meletupkannya dengan menghantar mesej berkod.