
Menurut siaran akhbar dikeluarkan 15 organisasi bantuan, peratusan bantuan disekat meningkat daripada 34% pada 2023 kepada 83%, mengurangkan hidangan makanan bagi penduduk daripada dua kali sehari kepada sekali sehari, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Kira-kira 50,000 kanak-kanak berusia enam hingga 59 bulan memerlukan rawatan segera akibat kekurangan zat makanan menjelang akhir tahun ini, menurut kenyataan itu.
Organisasi yang menandatangani kenyataan itu termasuk Save the Children, Oxfam dan Danish Refugee Council, menegaskan menyediakan bantuan satu-satunya pilihan kerana ketidakmampuan menguruskan situasi kemanusiaan.