
Polis menahan lima individu atas dakwaan melaksanakan hukuman bunuh ke atas mangsa tanpa perbicaraan di daerah Sukma, lapor media tempatan.
Ia menyusul pembunuhan empat sekeluarga pada 12 Sept lalu di daerah Balodabazar-Bhatapara, negeri Chhattisgarh yang didakwa menggunakan ilmu hitam.
Insiden keganasan kumpulan perusuh kerap berlaku di India dan orang ramai boleh dibunuh atas alasan remeh seperti mengamalkan ilmu sihir, mengangkut lembu atau makan daging lembu.
Kementerian Dalam Negeri pada 2022 memberitahu Parlimen India bahawa Biro Rekod Jenayah Nasional (NCRB) tidak menyimpan data berasingan bagi kes pembunuhan oleh kumpulan perusuh.